pelatih h2
Assalamualaikum~ perghh, korang ingat tak lagi blog ni? Dah berkurun lama, dah tiga tahun terbiar sejak dari tahun 2010. Sekarang dah 2013, memang dah lama berkubur begitu saja. Tengah usha benda-benda lama, ternampak pasal blog ni, jadi aku cuba masuk, ramai juga yang update eh.Bagus jugak tu :)

Dari 2008 sampai 2013, banyak perkara kita dah lalui bersama. Sama ada kita sedar atau tidak sahaja perkara itu. Paling banyak kenangannya, akulah sebab aku paling ganas dulu, excident saja dah dua kali. Memang ganas gila. Biasalah remaja baru nak rasa dunia luar. Sekarang macam dah dewasan sikit (eceh ni tipu je) rasa macam slow dah. Kita ikut flow kan.

Sepanjang lima tahun ni, aku nak minta ampun, andai ada aku tersalah kasar, aku buat korang terasa dengan perangai aku yang tak semenggah tu dan macam-macam lagi. Walaupun setiap kali raya dah minta maaf, aku tetap nak minta maaf lagi. (saja nak buat sedih). Kalau ada hutang yang masih aku belum jelaskan, sila contact aku.

Lepas ni, masing-masing buat kerja sendiri dah. Aku harap kita tak lost contact ye. Jadi tau buat reunion setiap setahun sekali. Aku harap lepas ni, kita kerja baik-baik, kumpul duit banyak-banyak, bagi kat parents, lepas tu boleh lah masuk alaf baru pula. Dah masuk alaf baru tu, janganlah lupa kat aku yang ganas ni :) Aku tunggu kad daripada korang ye.

Aku sayang korang yang selama ni aku dah anggap seluruh daripada hidup aku. Korang banyak ajar aku tentang kehidupan. Terima kasih. Tanpa korang, aku tak boleh berdiri sebaik begini. Kita jumpa masa SPP ye. Itu reunion kita yang pertama :)

Sampai kita jumpa lagi :)